MY BEAUTIFUL STORIES, MY WONDERFUL LIFE
IEQA AFIQAH
suddenly i'm famous
and people know my name

Ieqa Afiqah
10 August
Segamat, Johor

A girl | Segamat, Johor | UUM


Treat me well and I will treat better. Just go away if you do not like me because i do not even like you to.


my heart has been captured
by your funny little smile

I can be annoying, weird and sometimes overly emotional.

Maybe,

I'm scared because you mean more to me than any other person.

You are everything I think about, everything I want.

i don't know for sure
where this is going

Daisypath Anniversary tickers

don't promise me forever
just love me day by day

Facebook: Ieqa Afiqah
Twitter: PiQa
Instagram: ieqaafiqah
Ask: Ask Me =p





Bride To Be : A Small Reminder (Friday, May 22, 2015 / 11:32 PM)

Sebelum kau nak kahwin kau kena tau banyak perkara. Bukan setakat tau tapi kau kena paham. Banyak benda yang akan berubah bila you get married. Akan ada expectation yang tak akan terjadi dan terlalu banyak terjadi benda-benda yang kau tak pernah expect.


P/s : Post ini tak ditujukan untuk sesiapa pun. Saja menulis untuk peringatan diri sendiri. Adam Ilham agak-agak saya ni lupa diri nanti suruh saya baca balik post ni ye. smile emoticon


0 Comment(s)



An inspiration (Thursday, April 16, 2015 / 10:45 PM)

Hari ni hati aku betul-betul tersentuh. Tersentuh tengok betapa tekadnya seorang anak muda ni nak mengubah nasib keluarga dia. Aku nak sangat share dengan semua orang. Biar semua orang tau, biar semua orang sedar bila dah senang jangan sesekali lupa diri, ingat la asal-usul kita, ingat la jasa orang tua kita.

Pagi ni macam biasa aku masih lagi intern dekat satu company yang agak terkenal di Malaysia ni. Aku ditempatkan kat jabatan sumber manusia. Macam biasa la aku assist staff buat kerja HR. And today ada 2 orang pekerja baru masuk lapor diri. A dengan S. Yang A ni tempat bertugas dia kat Perak, S pulak kat Pahang. First day memang pekerja akan lapor diri dekat centre Segamat.

Mula-mula tu macam biasa la En. K mintak aku tolong on laptop and bagi borang suruh dorang isi. Sambil-sambil tu aku pasang telinga la kan dengar apa yang dorang borak.

En. K
: Kau datang naik apa ni A?
A
: Naik motor tadi
En. K
: Abis tu lepas ni nak pergi Perak macam mana?
A
: Naik motor tu jugak la
En. K
: Kau biar betul. Takkan nak pergi Perak naik motor je. Jauh tu.
A
: Itu je kenderaan yang ayah saya dapat sediakan. Saya pun baru nak mula kerja tak ada duit lagi.
En. K
: Aku suruh driver jelah hantar. Jauh tu nak pergi Perak naik motor je.
A
: Takpelah. Kalau saya naik dengan driver nanti kat sana saya tak ada kenderaan nak pergi kerja.
En. K
: Betul ni boleh? Abis tu kat sana duduk mana? Dah dapat rumah?
A
: Insyaallah boleh. Saya tak dapat rumah lagi. Semua tempat kena bayar deposit dulu 2 bulan. Saya tak ada    duit nak bayar.
En. K
: Dah tu kau nak duduk mana ni?
A
: Masjid kan banyak. Duduk kat rumah Allah.
En. K
: Biar betul kau ni. Berapa lama kau nak duduk masjid?
A
: Lepas dapat gaji bulan pertama nanti saya cari rumah la
En. K
: Sebulan kau nak duduk masjid. Kalau orang halau kau macam mana?
A
: Masjid kan banyak.
En. K
: Dah la tak payah duduk masjid. Nanti aku telefon orang sana. Kau pergi duduk dengan dia.

Korang semua boleh tak rasa apa yang aku rasa bila dengar perbualan ni. I just feel really thankful for my life. Masih ada lagi orang yang lagi susah daripada aku. And i'm really proud with this young man. Dia berusaha untuk dapatkan kerja ni walaupun dia dihantar jauh ke Perak sikit pun dia tak merungut. Tapi dia cakap dia bersyukur sangat dapat kerja ni. Lepas ni dia boleh bantu keluarga dia keluar daripada kemiskinan

Aku balik daripada lunch aku nampak dia baru keluar dari pintu pagar. What make my heart break once again when i see the motorcycle. Aku sendiri tak yakin motor tu boleh ke tak sampai ke KL apatah lagi sampai ke Perak. Dia ikat beg besar dia yang dah lusuh dekat seat belakang. I just dont know what to say. Tapi niat dia baik, aku yakin Allah ada bersama dia. Allah akan tolong dia, jaga dia sampai la dia sampai ke tempat yang dituju.

It was a good lesson for me. Never forget who you are and with education you can change your life. Jangan pernah putus asa dalam hidup ni. Everything will become better time to time. Ok mata dah bocor kembali. Selamat malam.


0 Comment(s)



Indahnya Memberi (Tuesday, April 14, 2015 / 8:54 PM)

Kadang-kadang kita memberi bukan sebab kita kaya. Tapi kita memberi sebab kita tau macam mana rasanya bila tak punya.
Aku bukanlah orang kaya. Hidup biasa-biasa. Cukup makan, cukup pakai. Tak mewah tapi cukup semuanya. Alhamdulillah Allah tak pernah lagi uji aku dengan ujian yang aku rasa tak mampu nak tanggung. Sebab tu aku cepat tersentuh bila tengok makcik-makcik, pakcik-pakcik yang dah tua tapi masih gigih gunakan kudrat yang ada untuk cari duit. Tak mengemis, tak meminta. Hidup berdasarkan apa yang termampu.

Mungkin sebab ni la dalam Islam adanya sedekah. Indahnya rasa bila dapat membantu. Kadang-kadang pemberian kita tu tak la banyak mana tapi itulah rezeki mereka untuk alas perut hari tu. Tak tau la banyak mana dorang akan doakan kita sepanjang hari tu hanya dengan pemberian kecil tu. Inilah sebenarnya indahnya memberi.

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tak susah pun sebenarnya nak memberi. Tak perlu pun gigih mencari makcik pakcik tua yang uzur baru rasa nak memberi. Pergi keluar rehat dengan kawan tolong bayarkan sekali makanan dia. Kawan happy dapat makan free, kita pun happy sebab dapat sama-sama berkongsi rezeki

Bila atas jalan raya pulak kan ada tol yang terus bayar tu. Boleh je cakap dengan akak tu "saya bayarkan sekali untuk 10 kereta belakang ni". Kalau satu kereta RM1.20, 10 kereta baru RM12. Nilai tu tak banyak tapi mungkin dengan RM1.20 tu kita dah tolong orang yang memang tinggal RM2.00 je dalam dompet. Kita tak nampak tapi Allah nampak semua kebaikkan kita.

Petang-petang jalan-jalan kat pasar malam, nampak ada budak tahfiz mintak derma untuk bina sekolah tahfiz dorang, masukkan dalam tabung singgit dua hinggit. Memang tak banyak tapi sangat bernilai bagi anak-anak tahfiz ni. Bayangkanlah dengan singgit tadi kita dapat sama-sama menyumbang pembinaan sekolah tahfiz ni. Sekolah agama Allah. Selagi sekolah tu digunakan, selagi tu la pahala mengalir. I keep remind myself "power of sedekah".

Makan kat kedai tiba-tiba ada kucing datang mengiaw kat sebelah. Tengok muka kucing tu kesian dia lapar mintak makan. Bagilah sikit ayam ke ikan ke yang kita makan. Perut kucing tu dengan perut kita ni jauh beza. Kucing tu tak mintak pun makan sepinggan ayam nak bahagian dada. Bersedekah dengan binatang pun Allah janjikan pahala.

Ada rezeki lebih sikit, pergi pasar beli barang pastu masak banyak-banyak. Ketuk pintu rumah jiran-jiran terdekat bagi dorang semangkuk sorang. Tak cukup nak masak untuk kenduri pun takpe. Yang penting niat nak bersedekah, nak berkongsi rezeki dah tercapai.

Tengok berita satu-satu negeri tu kena bencana alam. Kita kesian tapi kita tak mampu nak derma sampai beribu lepas tu amik gambar cek pos kat fb. Pergi je mana-mana pam minyak terdekat mesti ada tabung kemanusiaan, masukkan berapa yang termampu dalam tu moga-moga dapat jugak membantu mereka yang dalam kesusahan.

Sungguh aku lebih beruntung dari ramai orang. Walaupun aku tak dapat semua yang aku nak tapi aku dapat semua yang aku perlu. Kadang-kadang rasa diri sendiri ni orang yang tak tau nak bersyukur. Dah ada banyak tapi masih lagi tamak nak yang lain. Aku masih cuba untuk buang sikap ni. Memang susah nak lawan nafsu but i'm trying.


Tapi kalau memang tak mampu nak bersedekah harta, murahkan lah senyuman tu. Kan Nabi kita cakap senyum tu pun sedekah =) Peace.


0 Comment(s)



Mascara punnnnnn boleh (Thursday, April 2, 2015 / 5:11 PM)

Korang tau tak mascara tu apa? Yang kaum perempuan confirm aku yakin korang sangat tau apa itu mascara. Mascara ni adalah satu benda magic yang boleh buat bulu mata tiba-tiba panjang lepas tu mata tiba-tiba jadi seksi macam mata che ta.

Hari tu Atie ada whatsapp aku gambar dia first time pakai mascara. Main mekap-mekap dengan roomate katanya. Aku naik confius sejak bila dia berubah jadi perempuan ni? Selama ni tak abis-abis say no to makeup. Excited sungguh dia bila tengok bulu mata jadi panjang. Hahaha.


Ntah bila masa reti pakai tudung belit-belit ni. Dia tanya aku dia kiut tak. Ok kiut sangat! Rasa nak gigit-gigit jek. Hahaha.


Tahniah. Dapat jugak aku tengok kawan aku jadi perempuan. Perhatikan bulu mata dia yang katanya tiba-tiba jadi panjang bila pakai mascara. PM bulu mata sehelai.


Dan tadi masa lunch dengan Adam dia tanya "Kenapa pipi tu merah-merah macam pakai benda yang sapu kat pipi tu. Mascara kan?". Terus tersembur ayam aku. Hahahaha. "Sayang, tu nama dia blusher bukan mascara." Haihss. Kalau dah lelaki tu tetap lelaki. Ternyata Atie bukan lelaki sebab dia tau beza antara mascara dengan blusher.

Aku dah cakap aritu silap besar kau bagi gambar macam ni kat aku. Hahaha.


1 Comment(s)



REWIND MY PAST | HOME |